Monday 8 March 2010

BILIK AKTIVITI MOTOR



Bilik aktiviti motor merupakan sebuah bilik yang dapat membantu murid pendidikan khas dalam membaiki kelemahan kemahiran motor kasar dan halus mereka.Kemahiran motor kasar adalah kawalan pada tingkah laku yang memerlukan banyak otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan persekitarannya. Perkembangan kemahiran motor banyak bergantung kepada perkembangan otak, ke-seimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata-tangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan atau pendengaran mengalami masalah menyeimbangkan badan.

Perkembangan motor seorang kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh: Latihan Peniruan Genetik Perkembangan otak Budaya Kemahiran Menyambut dan Membaling Bola Membaling dan menyambut bola adalah satu kemahiran motor yang agak kompleks pada peringkat perkembangan kanak-kanak.

Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak semakin matang mengikut peringkat umur: 2 tahun - Menggunakan tangan tetapi pergerakan badan tiada. 3 tahun - Gunakan tangan dengan pergerakan badan tetapi kaki tidak bergerak. 5-6 tahun - Menggerakkan kaki serta pergerakan semakin meningkat. Kemahiran kanak-kanak menyambut bola semakin meningkat pada peringkat awal. Kanak-kanak dapat menyambut bola dengan me-letakkan tangan di hadapan pada umur 4 tahun. Pada umur 5 tahun, mereka dapat menyesuaikan pergerakan tangan bagi menyambut bola dengan lebih cepat.


Kemahiran Motor Halus Kemahiran motor halus menggunakan otot-otot yang kecil seperti jari dan tangan. Walaupun kanak-kanak dapat menggunakan jari tangan mereka, tetapi memakan masa yang lama supaya menjadi lebih mahir.

Kemahiran menggunakan jari dipengaruhi oleh faktor biologi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah otak sering kali tidak dapat menggunakan jari mereka. Kanak-kanak ini lebih cenderung menggunakan tangan. Kemahiran menggunakan motor halus mengalami peningkatan selari dengan meningkatnya umur mereka: 2 tahun - Menyelak muka surat di buku dan membentuk menara daripada blok-blok mainan sehingga 8 blok. 3 tahun - Menggunakan sudu untuk makan, meniru bulatan. 4 tahun - Dapat memakai baju sendiri, melukis bentuk tangan manusia dan menggunakan gunting. 5 tahun - Membutangkan baju, membuka zip. Pemakanan dan Kesihatan Kanak-kanak Perkembangan kanak-kanak banyak bergantung pada cara pemakanan dan tahap kesihatan mereka. Ini kerana perkembangan kanak-kanak tidak sekerap perkembangan semasa mereka masih bayi.

No comments:

Post a Comment