Thursday 25 February 2010

BOLING


Permainan boling merupakan permainan yang dapat membantu banyak psikomotor kasar dan halus murid-murid pendidikan khas. Selain itu tumpuan dan juga daya juga diperlukan dalam permainan ini. Melalui permainan ini, murid banyak mempelajari kemahiran yang tertentu sejajar dengan hasrat untuk menjadikan murid khas sebagai murid yang serba boleh. Aktiviti ini juga baru sahaja dimulakan pada bulan februari 2010. Aktiviti ini dijalankan di pusat boling Wangsa Walk,Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Seramai 30 orang murid,4 guru dan 2 PPM terlibat dengan aktiviti ini. Sokongan yang diberikan ibu bapa amat menggalakkan. Diharapkan pada lain masa agar semua murid pendidikan khas dapat menyertai permainan ini.

Wednesday 24 February 2010

KO-KURIKULUM PPKI


Ko-kurikulum PPKI dijalankan pada setiap hari rabu setiap minggu. Ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang aktiviti luar bilik darjah yang dijalankan selain p&p di dalan kelas. Melalui aktiviti ini murid pendidikan khas dapat belajar sebagaimana murid normal yang lain. Ko-kurikulum PPKI SKTM menyediakan unit badan beruniform,kelab kebudayaan dan permainan. Ko-kurikulum PPKI dikendalikan oleh Penyelaras Ko-kurikulum iaitu En. Muhammad Azmullah Bin Mustapa. Banyak aktiviti dirancang bagi membolehkan murid PPKI dapat belajar sebagaimana murid yang lain.

Monday 22 February 2010

TERAPI BERENANG


Terapi berenang sememangnya banyak membantu dalam menigkatkan keyakinan diri seseorang murid yang berkeperluan khas. Tujuan terapi ini diadakan adalah untuk membantu menambah keyakinan diri murid di dalam air. Aktiviti ini baru sahaja dimulakan pada awal bulan februari. Seramai 30 orang murid, 4 guru dan 2 PPM mengikuti terap berenang. Terapi ini dijalankan di Kompleks Renang DBKL di Desa Tasik. Terdapat seorang tenaga pelajar yang disediakan oleh pihak DBKL bagi membimbing murid cara berenang dan menambah keyakinan di dalam air. Kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa amat menggalakkan. Banyak kemahiran yang dipelajari oleh murid. Diharapkan terapi ini dapat berjalan dengan lancar dan diteruskan dari tahun ke tahun. Terima kasih DBKL di atas kerjasama yang diberikan.



TERAPI BERKUDA


Terapi berkuda PPKI SKTM baru sahaja dimulakan pada bulan februari.Seramai 30 orang murid bersama 4 orang guru beserta 2 ppm telah menyertai terapi ini. Terapi ini dijalankan di Unit Rekreasi Berkuda DBKL Taman Tasik Titiwangsa. Tujuan terapi ini diadakan untuk melatih motor kasar dan motor halus murid di samping memberi keyakinan dalam diri murid-murid. Penyertaan murid dan sokongan ibubapa adalah di luar jangkaan. Terapi ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Diharapkan agar pada masa hadapan dapat diteruskan lagi terapi ini.

MAJLIS PENYERAHAN CEK


Satu majlis penyerahan cek kepada pihak sekolah telah diadakan di Shangri-La Hotel pada bulan Januari yang lalu.Ini adalah bersempena dengan Annual Rotary Education Aid Needy Primary Students. Sumbangan ini adalah dari Rotary Club Of Kuala Lumpur Diraja.Sebanyak 9 buah sekolah dan 9 badan bukan berkanun menerima cek tersebut.Sumbangan yang diberikan ini telah digunakan untuk menambahbaik bilik snoezelen PPKI yang sedia ada dengan kelengkapan peralatan yang baru.Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memantapkan program PPKI SKTM agar dikenali sebagai sebuah sekolah integrasi yang cemerlang di mata dunia.Di harapkan dengan usaha ini,kesemua pelajar PPKI SKTM dapat menjadi insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang walaupun mereka tidak sehebat insan normal yang lain.Terima Kasih RCKLD.

PROGRAM PPKI SKTM 2010


1. PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI ( 10 KELAS )
2. INKLUSIF ( 1 KELAS )
3. DISLEKSIA ( 2 KELAS )
4. PRA SEKOLAH ( 1 KELAS )