Monday 8 March 2010

BILIK AKTIVITI MOTOR



Bilik aktiviti motor merupakan sebuah bilik yang dapat membantu murid pendidikan khas dalam membaiki kelemahan kemahiran motor kasar dan halus mereka.Kemahiran motor kasar adalah kawalan pada tingkah laku yang memerlukan banyak otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan persekitarannya. Perkembangan kemahiran motor banyak bergantung kepada perkembangan otak, ke-seimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata-tangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan atau pendengaran mengalami masalah menyeimbangkan badan.

Perkembangan motor seorang kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh: Latihan Peniruan Genetik Perkembangan otak Budaya Kemahiran Menyambut dan Membaling Bola Membaling dan menyambut bola adalah satu kemahiran motor yang agak kompleks pada peringkat perkembangan kanak-kanak.

Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak semakin matang mengikut peringkat umur: 2 tahun - Menggunakan tangan tetapi pergerakan badan tiada. 3 tahun - Gunakan tangan dengan pergerakan badan tetapi kaki tidak bergerak. 5-6 tahun - Menggerakkan kaki serta pergerakan semakin meningkat. Kemahiran kanak-kanak menyambut bola semakin meningkat pada peringkat awal. Kanak-kanak dapat menyambut bola dengan me-letakkan tangan di hadapan pada umur 4 tahun. Pada umur 5 tahun, mereka dapat menyesuaikan pergerakan tangan bagi menyambut bola dengan lebih cepat.


Kemahiran Motor Halus Kemahiran motor halus menggunakan otot-otot yang kecil seperti jari dan tangan. Walaupun kanak-kanak dapat menggunakan jari tangan mereka, tetapi memakan masa yang lama supaya menjadi lebih mahir.

Kemahiran menggunakan jari dipengaruhi oleh faktor biologi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah otak sering kali tidak dapat menggunakan jari mereka. Kanak-kanak ini lebih cenderung menggunakan tangan. Kemahiran menggunakan motor halus mengalami peningkatan selari dengan meningkatnya umur mereka: 2 tahun - Menyelak muka surat di buku dan membentuk menara daripada blok-blok mainan sehingga 8 blok. 3 tahun - Menggunakan sudu untuk makan, meniru bulatan. 4 tahun - Dapat memakai baju sendiri, melukis bentuk tangan manusia dan menggunakan gunting. 5 tahun - Membutangkan baju, membuka zip. Pemakanan dan Kesihatan Kanak-kanak Perkembangan kanak-kanak banyak bergantung pada cara pemakanan dan tahap kesihatan mereka. Ini kerana perkembangan kanak-kanak tidak sekerap perkembangan semasa mereka masih bayi.

BILIK SNOEZELEN



PPKI SKTM mempunyai sebuah bilik snoezelen yang baru sahaja dibuka pada tahun lepas. Pembukaan bilik ini mendapat kerjasama dari pelabagai pihak termasuk NTV7 yang membuat liputan untuk dimuatkan ke dalam sebuah rancangan dokumentari. Sumbangan yang diberikan oleh ibu bapa dan pihak yang terlibat telah membuktikan program pendidikan khas kini telah mendapat tempat di mata masyarakat.Snoezelen atau simulasi multideria terkawal digunakan untuk mereka yang mengalami ketidakupayaan mental yang teruk dengan mendedahkan mereka kepada persekitaran yang nyaman dan dapat memberikan rangsangan.Bilik ini direka khusus untuk memberi rangsangan kepada pelbagai deria dengan menggunakan kesan cahaya lampu, warna, muzik, bau-bauan dan lain-lain.

Thursday 4 March 2010

CILI FERTIGASI



Tanaman cili fertigasi ini baru sahaja dimulakan pada pertengahan tahun lepas.Idea ini dikeluarkan oleh Cikgu Firdaus. Hasil usaha gigih beliau tanaman ini berjaya ditanam dan mengeluarkan hasil yang banyak. Cikgu Firdaus mengajar subjek kemahiran hidup ( perkebunan ). Beliau membimbing murid tahap tinggi bagaimana cara menanam dan menjaga sehingga membuahkan hasil. Akhirnya cili ini berjaya dijual kepada guru dan ibu bapa. Pada tahun ini ( 2010 ) projek penanaman cili ini semakin membersar. Hasil gigih usaha Cikgu Firdaus, tanaman cili ini ditambah dengan beberapa lagi batang pokok. Ini semua adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang bagaimana cara bercucuk tanam dengan betul. Semoga pengajaran yang diberikan oleh cikgu dapat murid praktikkan di rumah.